facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

VIRAL Gambar Seorang Pelancong Beli Kasut Kepada Seorang Budak Lelaki. Ini Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!

VIRAL Gambar Seorang Pelancong Beli Kasut Kepada Seorang Budak Lelaki. Ini Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!



VIRAL Gambar Seorang Pelancong Beli Kasut Kepada Seorang Budak Lelaki. Ini Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai TERSENTUH !!! | Seorang pelancong menjadi perhatian ramai selepas gambarnya bersama seorang kanak-kanak viral di internet. Ahyan Yerro memuat naik beberapa gambar di akaun Facebook pada 23 Mac lalu dan ternyata ianya menyentuh hati netizen.

Menurut Ahyan, lelaki itu yang bernama Kris Carrolll mengunjungi kedai kasut jenama Nike dipercayai dimiliki olehnya yang terletak di Mandaluyong, Filipina bersama seorang kanak-kanak. Kris kemudian terus meminta bantuannya dan memberitahu bahawa dia mahu membeli sepasang kasut untuk kanak-kanak yang berkaki ayam itu. Awwhhhh!
Dia beritahu bahawa dia ternampak kanak-kanak itu berkaki ayam ketika menjual sampaguita di luar pusat membeli belah ini,” kata Ahyan.
Pekerja di kedai itu, Raymond Seneca kemudian membantu dan memberikan kedua-dua mereka layanan istimewa. Raymond juga akui tidak pernah menjadi saksi kejadian menyentuh hati seperti ini sepanjang empat tahun bekerja di kedai itu.
Kanak-kanak itu pula bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku apabila tiba-tiba dibawa ke kedai kasut dan bakal mendapat sepasang kasut yang baru hasil pemberian seseorang yang tidak dikenalinya.
Lebih menyentuh perasaannya, Raymond kemudian mendapat tahu kanak-kanak itu tidak pandai mengikat tali kasutnya kerana pertama kali memiliki sepasang kasut. 🙁
Dia (kanak-kanak) hilang imbangan ketika berjalan kerana tidak biasa memakai kasut,” kata Raymond.
Tumpang gembira dengan apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu, Ahyan kemudian tidak lupa untuk memberikan pesanan kepadanya.
Saya beritahunya untuk jaga kasut yang diberikan padanya dengan baik dan berterima kasih kepada Kris,” kata Ahyan.
Ahyan yang ternyata tersentuh dengan apa yang dilakukan pelancong itu memberitahu bahawa ketika membuat pembayaran, Kris bertanya kepadanya tentang kedai pakaian.
Pelancong tersebut turut mahu membelikan pakaian kepada kanak-kanak itu!Baiknyaaaaa.
Seorang netizen, Mara Karmella yang berada di kedai itu ketika kejadian turut memuat naik gambar di akaun Facebook miliknya.
“Saya singgah di kedai Nike ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dan ternampak pembantu jualan semua bergambar dengan seorang warga asing. Selepas membayar di kaunter, dia berikan kasut kepada kanak-kanak itu.”
“Kanak-kanak tersebut kemudian memberikan sampaguita yang dijual kepada lelaki berkenaan sebagai pertukaran. Kedua-dua mereka kemudian berlalu pergi menuju ke kedai baju selepas pembantu jualan di sini menunjukkan arah.” kata Mara.
Tindakan Kris Carroll pasti akan diingati kanak-kanak tersebut sampai bila-bila. Syabas!
Sangat menggembirakan apabila orang yang tidak dikenali mampu memberi impak dalam hidup seseorang itu.
Sumber : Ahyan Yerro


via Bin Usrah

0 Response to "VIRAL Gambar Seorang Pelancong Beli Kasut Kepada Seorang Budak Lelaki. Ini Cerita SEBENAR Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!"

Post a Comment