KISAH JURUTERBANG MALAYSIA LAUNG AZAN TERPERANGKAP DI ‘BERMUDA TRIANGLE’
"Awan dan langit jadi putih tiba-tiba, kapal terbang di luar kawalan, tapi lepas laung azan Alhamdulillah semua gangguan pada radar dan skrin hilang". Sejurus lepas semuanya hilang kapten Dion nampak pemandangan yang dia tak akan lupa sampai mati. Tonton video temubual dengan kapten ni tak lama sebelum beliau meninggal dunia... ALFATIHAH...
KISAH JURUTERBANG MALAYSIA LAUNG AZAN TERPERANGKAP DI ‘BERMUDA TRIANGLE’
BERMUDA Triangle atau dalam Bahasa Melayu, Segitiga Bermuda merupakan satu kawasan di barat Lautan Atlantis yang dilingkari satu garisan bayangan, seluas 1,140,000 km persegi (lebih kurang 440,000 batu persegi).
Bermula dari Pulau Bermuda ke Florida kemudian ke Puerto Rico dan berpatah semula ke Pulau Bermuda.
Di kawasan segitiga ini berlaku banyak kehilangan kapal laut dan kapal terbang tanpa dikesan.
Sebelum dikenali sebagai Bermuda Triangle atau Segitiga Bermuda dikenali dengan banyak nama.
Antaranya adalah Segitiga Syaitan, Kawasan Kehilangan; Segitiga Maut dan lain-lain lagi.
la memperolehi nama Bermuda Triangle setelah tersiar sebuah rencana berjudul The Deadly Bermuda Triangle dalam majalah Argosy sekitar tahun 1964.
Seorang juruterbang yang juga anak Malaysia, Kapten Dion Abu Bakar, pernah mengalami kejadian aneh di Segitiga Bermuda.
Menurut beliau, ketika melalui kawasan Segitiga Bermuda, keadaan sekeliling sama ada langit, lautan, kiri atau kanan putih seperti kapas.
Tiada lain yang beliau ingatkan pada ketika itu kecuali Allah dan beliau melaungkan Azan.
Sejurus selepas itu keadaan kembali seperti sediakala tetapi pesawat yang dipandu beliau berada dalam keadaan ‘spiral dive’ menjunam ke laut. Pemandangan kepal menjunam tegak ni tak akan dapat beliau lupa sampai mati!
Namun kecekapan beliau memandu kapal terbang menyebabkan kapal terbang dapat dikawal sepenuhnya dan akhirnya beliau selamat tiba di Florida.
Mengenai Kapten Dion, dia pernah menjadi seorang juruterbang sewa khas untuk syarikat penerbangan Air America sekitar 1970-an.
Menurut Dion, dia mempelajari ilmu penerbangan di Singapore Flying Club pada tahun 1964 sebaik sahaja menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah.
Antara kapal terbang yang pernah dipandunya ialah Hercules C130, Boeing 747 dan 757 serta Airbus 320.
Kata Dion, pengalaman selama lebih 40 tahun sebagai juruterbang membolehkan dia menguasai lebih 10 bahasa.
Beliau pernah menghiasi muka depan majalah Her World pada tahun 1977 selain berlakon dalam filem terbitan Hollywood iaitu Beyond Rangoon dan beberapa filem tempatan seperti Bisikan Cinta dan Driving School.
Kapten Dion meninggal dunia beberapa tahun lepas di Pekan, Pahang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
Ikuti temubual khas dengan beliau tidak lama sebelum kematiannya:
0 Response to "KISAH JURUTERBANG MALAYSIA LAUNG AZAN TERPERANGKAP DI ‘BERMUDA TRIANGLE’"
Post a Comment