facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bayi Ini DITIKAM dan DITANAM Hidup². Selepas Diselamatkan Inilah Keadaan Terkini Bayi Itu !!!

KEJAM !!!... Februari lepas bayi ini ditikam sebanyak 14x dan ditanam hidup². Seorang penduduk kampung menjumpainya dan menyelamatkannya. Walaupun keadaannya begitu kritikal, namun bayi tersebut kini telah......


Bayi Ini DITIKAM dan DITANAM Hidup². Selepas Diselamatkan Inilah Keadaan Terkini Bayi Itu !!! | Seorang bayi lelaki, Aidin, bernasib baik masih hidup walaupun ditanam dalam tanah secara terbalik dan ditikam 14 kali. Lebih menggembirakan, bayi ini akan diambil oleh sepasang suami isteri daripada Sweden untuk dipelihara sebagai anak angkat.
Bayi berusia tujuh bulan ini, ditanam dalam tanah hidup-hidup sedalam lapan inci di wilayah Khon Kaen, Thailand pada Februari yang lepas.
Hasil bedah siasat mendapati, bayi malang ini telah ditanam beberapa ketika selepas dilahirkan.
Sememangnya bayi ini tercedera teruk dan hampir mati akibat perlakuan yang tidak berperikemanusiaan ini.
Mujur, seorang warga tempatan dikenali sebagai Kachit Krongyut terjumpa sesuatu yang agak pelik di bawah sebatang pokok.
Apabila Aidin menangis dalam keadaan kesakitan, Kachit bertindak pantas bagi mendapatkan bantuan.
Dengan menggunakan tangan, Kachit mengorek tanah tersebut bagi menyelamatkannya lalu dibawa ke hospital dengan pantas.
Tindakan awal daripada Kachit telah berjaya menyelamatkan bayi comel ini.
Menurut doktor, tekanan tanah terhadap badan si bayi telah menyelamatkannya daripada berlaku pendarahan yang teruk.
Kachit pada awalnya menyangkakan makhluk tertanam itu ialah haiwan dan terkejut apabila rupa-rupanya adalah seorang bayi.
Selepas berjaya dipulihkan, Aidin dibawa kepada sebuah rumah anak-anak yatim piatu dan kini akan dibawa ke Sweden oleh ibu bapa yang baru.
Kachit dan para staf rumah anak-anak yatim gembira dengan perkembangan positif tersebut.
Kini, pasukan polis mengesyaki tindakan ini dilakukan oleh seorang wanita tempatan dan kerja-kerja penyiasatan masih dijalankan.
Sumber : Era Baru

0 Response to "Bayi Ini DITIKAM dan DITANAM Hidup². Selepas Diselamatkan Inilah Keadaan Terkini Bayi Itu !!!"

Post a Comment