Aleppo terus dibedil
Tolong Aminkan Doa Qunut Nazilah ini untuk JAHANAMKAN rejim Assad yang telah MENANG di Aleppo!!
Aleppo: Rancangan untuk memindahkan penduduk di daerah Aleppo yang dikuasai kumpulan penentang tertangguh semalam akibat serangan udara dan artileri yang bertali arus.
Iran yang juga penyokong kuat Presiden Syria, Bashar al-Assad mahu pemindahan serentak penduduk yang cedera di kampung Foua dan Kefraya yang dikepung kumpulan penentang.
Kumpulan penentang berkata, permintaan Iran itu hanya alasan untuk menangguhkan pemindahan dengan sebuah stesen televisyen melaporkan, ia mungkin ditangguhkan hingga hari ini.
Gencatan senjata yang diumumkan Russia dan Turki kelmarin bertujuan menamatkan pertempuran selama bertahun-tahun di Aleppo.
Kejayaan di Aleppo itu juga dianggap antara kemenangan terbesar Bashar dalam perang selama lima tahun di Syria.
Serangan artileri dan pertempuran tercetus semula papagi semalam, dan kumpulan pemerhati berkata, gencatan senjata itu kelihatan sudah terkubur.
Stesen televisyen Syria melaporkan, kumpulan penentang melancarkan serangan artileri ke daerah Bustan al-Qasr, yang baru-baru ini ditawan semula tentera, menyebabkan enam orang maut.
Russia berkata, tentera kerajaan membalas serangan kumpulan penentang berkenaan.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, tentangan daripada kumpulan penentang itu dijangka berakhir dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.
Sementara itu, pegawai tentera bersekutu yang menyokong Bashar tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mengenai alasan pemindahan yang dijadualkan bermula awal pagi semalam ditangguhkan.
Menurut saksi di lokasi pemindahan, tiada siapa yang meninggalkan kawasan yang dikepung itu menjelang Subuh.
Sebanyak 20 bas menunggu dengan enjin dihidupkan tetapi tiada tanda kenderaan itu akan bergerak ke kawasan lain yang dikuasai penentang.
Pemindahan itu adalah kemuncak serangan selama dua hari yang menyaksikan tentera kerajaan mara ke Aleppo dan kumpulan penentang berundur serta berpecah akibat serangan udara dan artileri bertali arus.
Dengan menguasai Aleppo sepenuhnya, Bashar membuktikan kekuatan perikatan tenteranya yang dibantu tentera udara Russia dan pejuang dari dari beberapa kumpulan Syiah di rantau itu.
Kumpulan penentang mendapat sokongan Amerika Syarikat, Turki dan negara Teluk tetapi sokongan itu tidak mencukupi bagi menghadapi bantuan secara langsung yang diterima Bashar daripada Russia dan Iran.
Daripada Anas bin Malik RA:
أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ
Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)
0 Response to "Tolong Aminkan Doa Qunut Nazilah ini untuk JAHANAMKAN rejim Assad yang telah MENANG di Aleppo!!"
Post a Comment